Tuesday, August 24, 2010
pergi.
kadang2 kita tak sedar apa yg kita cuba cakap dan beritahu pada org. kita rasa kita cukup kuat time tu sampai berani berjanji dan mungkin bersumpah sekalipun tanpa kita sedar hari hari yang bakal mendatang akan menduga kita lebih dari yang kita sangka. kita cinta seseorang atas sebab sebab tertentu. tanpa sedari cinta yg diagungkan itu semakin luntur dibuai perasaan terhadap orang lain. jangan sakiti orang yg kita cintai terlebih dahulu berbanding cinta yang baru mungkin kita temui. kalau hati berkata cinta baru akan memberikan lebih kebahagiaan, tinggal saje cinta lama. mungkin cinta lama akan bersedih hati tetapi sedih dan luka itu mungkin akan terubat satu hari nanti. dari kita terus bersikap curang dan menyakiti cinta lama baik tinggalkan saja. pergilah dengan cinta baru yg akan memberi lebih kebahagiaan. jangan fikirkan apa yg akan dirasa oleh cinta lama sebab secara tidak sedar kita sudah pun menyelamatkan cinta lama kita dari terus berdusta dengan kecurangan kita yang tak berperikemanusiaan. cinta baru itu juga mungkin pernah mencintai kita tetapi terpisah atas alasan yg mungkin tidak munasabah.kini cinta baru muncul kembali dgn harapan kita akan menerimanya kembali. hati kita yang berbelah bagi terhadap cinta baru dan cinta lama merungsingkan fikiran dan hati kita. cinta lama sudah diberi kata kata janji, cinta baru pula menjadikan hati berbunga riang.bagaimana ? ikot kata hati :) tapi berhentilah berpura pura mencintai cinta lama kerana kita sebenarnya sedang menyakitinya. pergilah bersama cinta baru. cinta lama akan menunggu kata kata putus dari kita. beritahula dia yang sebenarnya. jangan berselindung lagi. sudah jelas didepan mata cinta lama kita semakin kurang menyayanginya.sikap kita yang berlainan dari yang sepatutnya menyedarkan cinta lama yang kita sudah pun memiliki cinta baru. kepada sesiapa yang terasa. tinggalkan cinta lama, cinta lama menunggu kata putus dari anda. iloveusomuch sayang. thanks for everything.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment